share! upgrade unique domain create website login

6ixers.zoomshare.com

Karpet Salam



Older Entries
Subscribe: Add to Google Add to My Yahoo! Subscribe in NewsGator Online Add to My AOL


Sat, 30 Jan 2010
10 Reasons Who Not Suitable To Be HR Manager



10 Reasons Who Not Suitable To Be HR Manager In A Company


1. A person who not familiar with the industry of the company he/she attached with.
- For example, a person who have zero technical/engineeering knowledge about the industry of the comapny he/she attached with.

2. A person who only pleased the boss but ignore the interest of employee.

3. A person who recruit someone by only look at his/her academic qualification without consider his/her experiences.

4. A person who don't care about the career and promotion chances for people who are experienced but lack of paper qualification.

5. A person who is a Yes man/women in front of the bosses.

6. A person who not care about training and development.

7. A person who are short vision.

8. A person who lack of leadership.

9. A person who not fight for empoyee benefit.

10. A person who "stop learning "



Sumber: Allson Tey, Facebook Group HR Asia, http://www.facebook.com/home.php#/topic.php?uid=63496342941&topic=8910, 31 Januari 2010

RALAT: Pohon maaf kepada Buyong dan Sangap yang datang ke rumah tanpa layanan yang memuaskan kerana kesibukan dan keuzuran pihak tuan rumah.

Posted 23:48 
51 comments | Post a comment



Tue, 12 Jan 2010
Think Like A Genius



Think Like A Genius


1. Become a knowledge glutton. Read, listen, observe and remember.

The more information you can store in your mind, the more connections you can make. You can take an active approach to learning no matter what you are doing.


2. When you learn something new, try to apply it and connect it to what you already know.

You will remember the information better and you might come up with a new idea.


3. Learn how you learn.

Different people learn differently. Major ways of learning include seeing, hearing, talking, listening, touching, manipulating, reading, interpreting ideas and writing. Any of these activities can help facilitate your thought process.


4. Embrace change, uncertainty and doubt.

It is on these edges of knowledge that innovation and discovery happen. Question conventional wisdom.


5. Be prolific.

Try for quantity before quality. To produce exceptionally good work, do a lot of whatever you’re doing. There is as theory that to become a “master” in any subject, you need 10000 hours of practice. Most geniuses in history, whatever they were doing, they did a LOT of it. It increases your chances for success and it means you will get more practice along the way.


News Straits Times
Friday, January 8, 2010

Posted 22:51 
122 comments | Post a comment



Tue, 29 Dec 2009
Statistik 2009 dan Plan 2010



Statistik 2009 dan Plan 2010

Sepanjang tahun 2009, blog kita ni ditutup sehingga bulan Ogos. Takde pelawat waktu tu. Hujung bulan Ogos, bila bukak balik kita cuma mencatatkan 13 pelawat. Berbanding hari ni, unique visitor dah mencecah 335 dengan pages viewed 3392 kali!

Sebenarnya kita-kita je yang bukak blog ni tapi jumlah kekerapan untuk melawat tu dah semakin meningkat. Thanks weh. Thanks to those yang letak link page kita ni kat personal blog macam Gafur, ade gak orang luar yang baca. Disebabkan tu, aku rasa perlu aku letak post yang serius untuk dibincangkan dengan slot 'ISU' (mungkin setiap hari Selasa).

Tapi tu tak bermakna kita akan dihampakan dengan cerita-cerita serius je. Selingan je serius2 ni. Demi meneruskan sesi sembang sampah kita, aku juga akan terus post (mungkin setiap Khamis) cerita- cerita sampah untuk membolehkan kita membuang segala sampah yang ada dalam kepala masing-masing supaya kepala kita menjadi lebih bersih dan maju.

Oklah, Selamat Tahun Baru 2010 untuk korang. Semoga azam tahun lepas dah tercapai dan tahun 2010 menanti dengan seribu harapan gemilang.

P/S: Korang sambut new year kat mana?

Posted 23:38 
74 comments | Post a comment



Tue, 22 Dec 2009
Isu: Tiada lagi rasa cinta, kesetiaan hasil ledakan globalisasi

Ruangan isu dirancang akan dipaparkan setiap minggu. Sekadar meransang minda untuk membaca dan berfikir. Ala-ala diskusi mahasiswa...

Untuk isu minggu ni, aku terjumpa satu artikel dalam Berita Harian tentang Bahasa Melayu (bukan Bahasa Malaysia ya tuan-tuan)

"Melayu pinggir bahasa sendiri"
Oleh Nazmi Yaakub
nazmi@bharian.com.my
Ruangan Sastera
Berita Harian, 23 Disember 2009


KELOMPOK Melayu moden, bukan Melayu dan generasi muda terutama yang mendapat pendidikan dan tinggal di luar negara, didakwa semakin jauh daripada pembudayaan bahasa Melayu sehingga tidak mempunyai rasa cinta apalagi setia kepada bahasa ibunda.

Gejala itu didakwa berpunca daripada globalisasi sehingga lahir generasi muda Melayu tanpa rasa kasih terhadap bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan, sekali gus menjadi anak dunia yang kaki berpijak di negara ini, tetapi jiwa menjelajah ke dunia antarabangsa terutama mereka berpengalaman belajar serta tinggal di luar negara.

Tidak ketinggalan, globalisasi mewujudkan sekelompok rakyat yang terlalu ghairah terhadap bahasa Inggeris termasuk ‘orang Melayu moden’ yang menganggap dunia menjadi kecil dan bahasa Inggeris saja perlu dikuasai untuk berhubung dengan semua pihak.

Pakar bahasa, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, berkata mereka menganggap bahasa Inggeris sebagai bahasa lengkap, moden dan sesuai sebagai bahasa perhubungan seharian, manakala penekanan kepada bahasa Melayu dilihat mewakili pendirian sempit dan merugikan serta mengasingkan penggunanya daripada masyarakat dunia yang lebih besar.

“Mereka melihat pejuang bahasa Melayu sebagai golongan tradisional, ketinggalan zaman dan kolot, selain mengaitkan bahasa Inggeris dengan kemajuan serta kecekapan berhubung sehingga menolak bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dan perhubungan umum,” katanya ketika menyampaikan kertas dasar, Penyelidikan Ke Arah Pemerkasaan Bahasa Melayu.

Kertas berkenaan dibentangkan pada Seminar Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu V: Bahasa Melayu dalam Pembinaan Sahsiah dan Jati Diri Negara Bangsa anjuran Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia (UPM) di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Prof Emeritus Nik Safiah berkata, kelompok terbabit melihat bahasa Melayu tidak lagi menjadi lambang kedaulatan dan jati diri bangsa apalagi negara, manakala penguasaan bahasa yang kurang baik menyebabkan mereka tidak mempunyai hubungan emosi serta rasa taat setia kepadanya.

“Malangnya, golongan muda ini memegang jawatan penting dalam masyarakat baik sebagai pemimpin politik, tokoh korporat dan ahli profesional, sekali gus menjadikan mereka sebagai pemimpin masa depan yang akan mencorakkan pemikiran dan hala tuju negara,” katanya pada sesi yang dipengerusikan Pengarah Jabatan Bahasa DBP, Rusli Abd Ghani.

Prof Emeritus Nik Safiah menegaskan, bahasa Melayu tidak berada di tempat yang sepatutnya terutama daripada kaca mata golongan pemimpin dan atasan serta generasi muda kerana mereka tidak mengetahui kegemilangan sejarah bahasa itu meskipun ia Melayu mempunyai kedudukan tinggi dari segi undang- undang.

“Ia juga disebabkan tidak ada bentuk bahasa Melayu contoh yang dihormati dan digunakan kumpulan contoh, berbeza dengan situasi di United Kingdom (UK) apabila bahasa Inggeris standard dituturkan kelas atasan dan lulusan universiti terkenal seperti Oxford dan Cambridge,” katanya.

Ketua Eksekutif, Yayasan Karyawan, Datuk Dr Hassan Ahmad, pula mengingatkan tamadun negara bangsa dibina melalui bahasa ragam tinggi dan persuratan, sekali gus memberi amaran terhadap senario penggunaan pelbagai ragam bahasa Melayu melalui dialek daerah, bahasa pasar atau bahasa Melayu rojak.

“Hari ini proses pembinaan negara ini melalui bahasa kebangsaan negara sedang menghadapi masalah penggunaan bahasa yang rendah mutunya. Bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hanya sebagai sistem bahasa, tidak ditambah dengan pelajar korpus budaya, iaitu kesusasteraan Melayu atau sastera yang ditulis dalam bahasa kebangsaan,” katanya ketika menyampaikan ucap utama, Bahasa Melayu sebagai Alat Pembinaan Sahsiah dan Jati Diri Negara Bangsa.

Perkara terbabit juga dikatakan berpunca daripada ketiadaan contoh sama ada pihak berkuasa atau mereka yang terbabit dengan perancangan dan pengurusan pembinaan negara, selain sikap yang salah lagi jahil terhadap keupayaan bahasa Melayu sebagai alat pembangunan serta kemajuan negara.

Pemegang Kursi Pengajian Melayu, Beijing Foreign Studies University (BFSU), Prof Dr Awang Sariyan, mencadangkan strategi pembudayaan dirangka dengan memberi tumpuan kepada pemupukan sikap, kesedaran dan pembabitan pendokong bahasa berbudaya dalam pelaksanaannya di pelbagai sektor.

“Sistem audit bahasa perlu diwujudkan untuk perkhidmatan awam agar ia dapat dijadikan kayu ukur penilaian penguatkuasaan peruntukan undang- undang dan garis panduan berkaitan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, rasmi dan ilmu.

“Dalam konteks sistem pendidikan, kajian penilaian perlu dibuat terhadap gagasan bahasa merentas kurikulum yang diperkenalkan sejak 1987 untuk melihat apakah bahasa Melayu masih demikian atau pun undur ke petak mulanya,” katanya ketika membentangkan kertas kerja dasar Bahasa Berbudaya dan Pembudayaan Bahasa: Ertinya kepada Bangsa Bertamadun Luhur.

Dr Awang turut menyarankan DBP bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) dan syarikat penerbit untuk mengusahakan jurnal yang diterbitkan dalam bahasa Melayu dan disenaraikan sebagai jurnal yang mendapat pengiktirafan antarabangsa.

“Kementerian Pengajian Tinggi pula perlu mempunyai dasar dan garis panduan yang jelas agar IPT tidak berlumba-lumba untuk mendapat penarafan cemerlang pada peringkat antarabangsa saja, tetapi mengabaikan fungsinya dalam mengilmukan rakyat negara ini sendiri,” katanya.

"Bangsa Membaca Bangsa Berjaya"

Posted 23:24 
30 comments | Post a comment



Mon, 30 Nov 2009
Bulan Terakhir 2009


Salam,

Sekejap je dah masuk bulan 12 2009. Rasa macam baru je sambut New Year kat rumah Sek. 16 dengan Pakku sambil tengok bunga api dari balconi rumah tu. Apa yang korang dah achieve sepanjang tahun ni? Yang aku sendiri nampak, banyak yang dah berubah. Yang bujang dah mula pikir pasal tunang dan kahwin. Yang kahwin dah mula menimang cahaya mata. Yang berkerjaya sibuk kumpul duit. Ada yang baru beli kereta. Aku? Dapat beli seluar baju baru pun dah kira ok la... Ada yang dah habis belajar, ada yang tengah praktikal... Semua yang baik2 la. Bagus2...

Geng, amacam projek Sg. Tekala (bukan Tengkala ye Boy!)? Sangap macam tak boleh join. Ada perubahan tarikh ke? Aku sendiri pun macam dah lost banyak benda ni!

Pengumuman, Buyong dah tak duduk Sek. 19 lagi. Dah balik kampung, sekarang tengah praktikal. Tempatnya digantikan oleh En. Boy, seorang duda beranak tiga, merupakan seorang housemate yang bertanggungjawab dan saling membantu mencuci dan menjaga kebersihan rumah (tak tau la boleh tahan berapa lama!).

En. Suparjoejie pulak tengah training kat Shah Alam. Training pebenda ntah. Senyap je. Pe cer Joe?

Azriq & Ferd, ntah. Aku tengok Ferd asyik depan laptop je. Sibuk betul dengan kerja baru dia sekarang sebagai Manager. Kejap jadi Manager Newcastle, kejap jadi Manager Inter, ntah la. Busy betul la. Azriq pulak tak balik-balik lagi dari cuti raya. Sakan! Elok la tu dari melepek je atas tilam... Pak Cik Haris pulak? Hmm, aku tengok sibuk je dengan kereta-kereta beliau... Nak tegur pun takut...

Fai pegi mana ek? Dah sebulan bantal dia ditinggalkan sepi. Sekadar menjadi teman tidur Joe dan kawan-kawan. Tak patut betul la Fai ni...

Ok la, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010!


Yun.
01.12.2009.
Shah Alam.

Posted 21:38 
289 comments | Post a comment




Subscribe

Enter your email address:

Search zoomshare.com

site  zoomshare  web

Social